Mudahkan tugas
perniagaan harian

Terokai kehebatan ciri-ciri perisian kami untuk menyelesaikan masalah anda.
Lebih lanjut

ISU INVOIS

Jejaki dan keluarkan invois kepada pelanggan anda dengan masa tepat. Serta dapatkan gambaran keseluruhan yang lebih jelas mengenai akaun penerimaan dan aliran tunai.

PELAPORAN

Jejaki kewangan anda dengan laporan perakaunan yang tepat. Serta bekerjasama dengan penasihat anda dalam masa nyata secara dalam talian.

CUKAI JUALAN

Kemudahan pengurusan SST. Biarkan sistem menjalankan pengiraan SST secara automatik atas kesemua transaksi, dan gunakan laporan untuk menyediakan pengembalian SST.

Masalah yang anda hadapi

Kemudahan pengurusan SST. Biarkan sistem menjalankan pengiraan SST secara automatik atas kesemua transaksi, dan gunakan laporan untuk menyediakan pengembalian SST.

Masalah

  • Komputer menjadi lambat atau tersangkut ketika mengendalikan pangkalan data atau sandaran yang besar, bertambah buruk jika diserangi virus atau ransomware.
  • Bagi mengatasi situasi seperti perubahan cukai perkhidmatan kerajaan, sistem yang sedia ada harus diperbaharui tepat bagi setiap waktu.

Akibat

  • Sama ada pangkalan data dalam sistem boleh dipulihkan dalam masa adalah satu persoalan. Selain itu, operasi perniagaan harian turut terganggu atau tersinggah teruk. 
  • Anggaran perbelanjaan dan usaha yang besar perlu diperuntukkan untuk memastikan semua peranti sentiasa berada dalam keaddan penjagaan baik. 

Semua keperluan untuk mengembangkan perniagaan anda, kami bersedia untuk anda

Perkembangan

Lesen tanpa had dan peranti tanpa had. Penyesuaian IT maksimum untuk memaksimumkan kecekapan dan perkembangan perniagaan dengan tanpa risau. 

Kecekapan

Multiuser serentak membantu melancarkan aliran kerja perniagaan dengan memperbaiki saluran proses & mengelakkan penumpukan tugas. 

Perlindungan

Tidak perlu risau akan kehilangan data disebabkan oleh serangan virus atau kegagalan perkakasan. Tidak perlu melakukan rutin sandaran yang membosankan. 

Mudah

Bosan berurusan dengan PC yang perlahan? Jangan risau kerana ia berfungsi di apa-apa PC walaupun di telefon pintar. 

Kesenangan

Tidak perlu risau kerana perisian ditingkatkan dan dikemas kini secara automatik 

Fleksibel

Perniagaan tidak akan terganggu kerana pengguna dapat bekerja bila-bila masa dan di mana-mana tempat 

Jom, biar bina bisnis

ETATSU bukan sekadar perisian  mini ERP!

Perniagaan sebenarnya bermula daripada komuniti. Kami percaya bahawa BERSAMA-SAMA kita boleh mewujudkan suatu enviroment perniagaan yang menyokong, mesra dan berkekalan.

bersama

Rakan kongsi

Komuniti kita sedia membantu,
bila-bila sahaja mengikut keperluan anda

ETATSU sedia menyokong mana-mana komuniti dan aktiviti yang mendorong ke arah kebaikan masyarakat, sama seperti CoAcc. CoAcc adalah komuniti perakaunan yang menyediakan platform untuk membincang, bekerjasama dan menyumbang kepada komuniti. Kami percaya bahawa masyarakat yang sihat harus meneruskan falsafah "From the community for the community".

Tiada caj pendahuluan,
Tiada yuran lesen,
Tiada yuran tahunan atau penyelenggaraan!

Anda hanya membayar trafik data yang anda gunakan. Dengan harga serendah RM10.50, SME kecil boleh gunakan selama setahun! Dan kami akan menyimpan data anda selama-lamanya! 

FAQ
Berapakah kos untuk menggunakan ETATSU?

Anda tidak perlu membayar kami untuk menggunakan ETATSU. ETATSU adalah untuk kegunaan orang ramai. Satu-satunya kos anda adalah kuota trafik yang diperlukan semasa anda mengguna ETATSU.

Ia dikawal oleh sistem kuota yang mudah. Anda menebus kuota trafik untuk menggunakan ETATSU. Apabila kuota anda tidak mencukupi, anda menebus lebih banyak untuk terus menggunakannya.

Anda akan menggunakan unit kuantiti yang dipanggil RIMO untuk menebus kuota tersebut. Seunit RIMO diniagakan pada harga RM1.50 sahaja. Bagi SME kecil yang mempunyai transaksi yang rendah, tujuh (7) unit RIMO, berjumlah RM10.50, akan dapat menebus kuota trafik yang boleh tahan selama setahun penggunaannya.

Kos untuk menggunakan ETATSU nampaknya sangat rendah,  adakah terdapat sebarang kos tersembunyi?

Jawapannya tiada kos tersembunyi.

Kami percaya perisian harus dihasilkan untuk membantu pengguna menyelesaikan masalah. Kami tidak menjual ETATSU kepada anda. Sama seperti Facebook dan Gmail, adakah anda membayar untuk menggunakannya? Kos yang anda bayar adalah semata-mata kos untuk trafik data.

Kami juga menggalakkan penggunaan yang adil. Sesiapa yang guna lebih banyak, maka kena bayar lebih. Jadi, Tiada kos tersembunyi. Tiada yuran persediaan. Tiada yuran lesen. Tiada yuran penyelenggaraan. Tiada komitmen langganan.  

Jika saya berhenti menggunakan ETATSU, adakah data saya akan dipadamkan? Adakah saya perlu membayar untuk menyimpan data saya sehingga saya mahu menggunakannya semula?

Anda hanya perlu membayar kos trafik data. Anda tidak perlu membayar storan data.

Selagi anda tidak memadam data anda, data anda akan disimpan dengan selamat.

Tiada perbezaan antara tidak menggunakan ETATSU apabila anda tidur pada waktu malam dan tidak menggunakan selama setahun. Kuota trafik anda tidak akan luput apabila anda berhenti menggunakan ETATSU. Anda masih boleh mengakses akaun anda pada bila-bila masa selagi anda mempunyai kuota trafik yang cukup.

Adakah saya perlu memasang ETATSU pada komputer saya? Bolehkah saya menggunakannya pada komputer lain?

ETATSU adalah sistem awan 100%, tiada pemasangan diperlukan.

Anda boleh menggunakan ETATSU dengan apa saja peralatan komputer yang ada sambungan internet bila-bila masa. Ia boleh diakses melalui pelayar, sama seperti melawat laman web.

Kebanyakan pemprosesan data dilakukan dalam server kami. Oleh itu, anda tidak memerlukan Komputer bersatasi tinggi untuk menggunakan ETATSU. Malah telefon bimbit anda boleh juga digunakan.

Bolehkah rakan kerja saya menggunakan ETATSU pada masa yang sama? Adakah terdapat had ke atas bilangan pengguna?

Ya, anda boleh menggunakan ETATSU tanpa had bilangan pengguna.

Kecekapan adalah salah satu elemen penting untuk kejayaan sebuah syarikat. ETATSU adalah sistem multi-user yang bertujuan untuk meningkatkan aliran kerja organisasi. Anda boleh memberikan seberapa banyak pengguna yang anda anggul perlu, untuk bekerjasama pada masa yang sama, di mana-mana sahaja.

Tiada kos tambahan untuk menambah pengguna. Anda hanya memerlukan kuota trafik untuk penggunaannya.

Saya menguruskan lebih daripada satu syarikat. Bolehkah saya menggunakan ETATSU untuk lebih daripada satu syarikat?


Ya, boleh.

Anda boleh mendaftar seberapa banyak organisasi / syarikat yang anda perlukan dalam ETATSU. Tiada kos tambahan untuk menambah organisasi/syarikat. Anda hanya memerlukan kuota trafik apabila anda menggunakan ETATSU.

Anda juga boleh memberikan akses kepada syarikat tertentu atau sesiapa sahaja pilihan anda supaya mereka dapat membantu anda bila-bila masa dan di mana-mana tempat.

Jika anda menguruskan perakaunan berbilang pelanggan, anda boleh menguruskan semua perakaunan mereka dari lokasi tunggal anda sendiri tanpa melancong ke premis mereka yang berbeza, dengan syarat mereka memberikan anda akses penuh.

Adakah anda mempunyai demo?

Secara rasmi, tidak.

Walau bagaimanapun, kami menyediakan panduan pengguna kami secara percuma. Anda boleh meneroka jika memerlukan.

Kami bersunguh-sunguh untuk memperbaiki industri perakaunan dengan mengambil bahagian dan menyokong CoAcc. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana pengguna kami mendapat manfaat daripada EBI dengan menyertai CoAcc.

Jika anda ingin mencuba ETATSU, dengan harga serendah tujuh (7) RIMO (RM10.50) anda boleh mempunyai ETATSU sendiri dan meneroka semua fungsinya dengan data ujian anda sendiri yang berkaitan.

Ini adalah peluang untuk meningkatkan bisnis anda

Bermula sini